Klepet merupakan filem terbaru yang diterbitkan Respected Citizen Sdn. Bhd yang mana dibintangi Aedy Ashraf, Nadir Nasar, Merqeen dan ramai lagi. Filem yang berkonsep komedi dan travel movie ini diarahkan oleh Indra Putra @ Sanji dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 27 November 2025.
Pada sesi pelancaran filem ini, penerbit filem ini, Aeril Zafril yakin bahawa filem ini boleh mengutip lebih RM7 juta. Harapannya bahawa filem ini boleh mencapai sasaran dan jika ianya berjaya, filem sekuel mungkin akan diterbitkan.
Klepet mengisahkan tentang tiga orang sahabat, Pali, Jani dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama sama namun jadi huru hara apabila munculnya Lola, seorang gad raine yang melarikan diri dari kumpulan scammer, Yak dan Jud!
Apa yang terjadi seterusnya? Jom layan Klepet di pawagam mulai 27 November 2025! Tiket untuk filem Klepet kini sudah pun dijual [klik untuk beli]!





0 Ulasan