Penerbit filem Qifarah, Syamin Yusof mendedahkan bahawa filem ini merupakan filem yang diadaptasi dari kisah benar. Namun, kisah benar ini gagal direalisasikan kerana pelbagai cabaran dan terhasillah kisah Qifarah yang mana kini sedang ditayangkan.
Bercakap kepada team Suka Filem, idea Qifarah datang dari My Way Pictures yang mana kemudiannya dibawa ke Skop Production, idea asal yang merupakan kisah benar diubah kerana sensitiviti dan juga kegagalan mendapatkan izin untuk difilemkan diubah menjadi sebuah kisah fiksyen. Idea kemudiannya berkembang apabila Ghaz Abu Bakar terlibat dalam penghasilan filem ini.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Namron, Vanida Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar, Qifarah menggabungkan lakonan mantap dengan emosi yang mendalam.
Mengisahkan Yusoff yang pulang ke Malaysia selepas menerima khabar bahawa bapanya sedang nazak, kehidupannya mula berubah apabila isteri dan anaknya tiba-tiba muncul tanpa diduga. Kejadian aneh mula menghantui mereka, dan Yusoff akhirnya menyedari bahawa keluarganya mungkin menjadi mangsa ilmu hitam.
Kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.
.jpeg)





0 Ulasan