Qifarah, filem seram pertama arahan Ghaz Abu Bakar bakal hadir di pawagam tak lama lagi. Dalam sesi sidang media di Balai Berita Bangsar pada 28 September 2025, Ghaz Abu Bakar ditanya tentang asal usul kisah Qifarah yang berkait dengan kisah benar.
Menurutnya, kisah dalam filem Qifarah merupakan sebuah filem fiksyen namun ianya diilhamkan dari kisah benar. Semua penceritaan dalam filem ni tak ada kaitan dengan kisah sebenar. Kisah benar yang 'dikatakan' hanyalah inspirasi dan semua kisah dalam filem ini tiada kena mengena dengan mana mana kejadian yang sama.
Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Marissa dan Mikhael muncul di rumah Yusoff secara tiba tiba tanpa pengetahuannya. Keluarga mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan menakutkan di rumah tersebut. Yusoff mula mengesyaki bahawa mereka kini menjadi sasaran ilmu hitam.
Qifarah akan berada di pawagam mulai 9 Oktober 2025.





0 Ulasan