'Tiger Stripes' Wakil Malaysia Ke OSCAR Ke 96!

Filem berjudul Tiger Stripes dipilih untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi ke 96 yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada Mac 2024.. Perkara itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) dibawah Finas. 

Tiger Stripes sebelum ini pernah memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke 62 sempena Festival Filem Cannes ke 76 di Perancis.

Selain itu, Tiger Stripes turut mendapat Anugerah Khas Penghargaan Juri bagi kategori Filem Cereka Pertama di Fantasia International Film Festival ke 27 di Kanada.

Filem terbitan G Grrrl Pictures Sdn Bhd ini merupakan filem pertama arahan Amanda Nell Eu dan dibintangi oleh Zafreen Zairizal, Piqa, Deena Ezral, Jun Lojong, Khairunazwan Rodzy, Fatimah Abu Bakar, Shaheizy Sam. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan