Yana Samsudin Kembali Dengan Filem Sekuel 'Bini Biniku Gangster' Bertajuk 'Kak Yong'

Sekuel filem terbitan MIG, Bini-biniku Gangster yang berjaya mencuri perhatian penonton suatu ketika dulu akan hadir dengan sekuel selepas hampir 10 tahun. Filem yang menampilkan pelakon Yana Samsudin itu pernah mendapat kutipan lebih RM3 juta dari kos yang hanya sekitar RM1 juta sahaja. Filem Bini-biniku Gangster diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.



Pengumuman sekuel filem berkenaan dibuat oleh pelakon Yana Samsuddin sendiri melalui Instagramnya. 

Filem sekuel Bini-biniku Gangster itu diberi judul Kak Yong dan akan menampilkan lakonan Yana Samsuddin. Namun, buat masa ini, tidak kelihatan sebarang pengumuman pelakon mahupun pengarah filem berkenaan.

Tarikh tayangan filem ini juga masih belum dapat dipastikan.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan