'Syurga Dalam Botol' Bakal Hampiri Kutipan RM1 Juta Dalam Masa Terdekat!

Harapan pengarah filem Syurga Dalam Botol untuk capai target kutipan RM1 juta mungkin akan terealisasi kerana kutipan terkini filem ini sudah pun mencecah RM750 pada hari kelima tayangan. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa filem underdog dari Sabah ini memberikan satu perspektif baru terhadap filem negeri itu!



Ditayangkan bermula 9 Oktober 2025, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Ebi Kornelis, Dg. Hasnah, Keneth Torrecampo Oliver dan ramai lagi. 


Syurga Dalam Botol berkisar tentang 'statless children' yakni kanak-kanak yang hidup tanpa kerakyatan yang menjadi isu di negeri tersebut. Filem ini memaparkan realiti tentang pergelutan diri dengan kehidupan dan juga pengorbanan yang tidak pernah dipaparkan dalam filem lain. 

Syurga Dalam Botol kini di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan