Ini Rupa Terkini Pelakon Watak Yaya Dalam 'Kerana Cintaku Saerah'

Sebelum ini, pihak Suka Filem ada buat artikel berkenaan dimanakah pelakon drama bersiri Kerana Cintaku Saerah. Dengan berbekalkan maklumat di internet, artikel itu berjaya mendapat respon positif. Bagi yang tidak tahu, Kerana Cintaku Saerah ialah sebuah drama bersiri 12 episod yang disiarkan pada bulan Ramadhan tahun 2007.



Drama yang menggandingkan Benjy, Noorkhiriah, Umie Aida, Wan Maimunah dan pelbagai lagi pelakon hebat ini dipuji kerana kekuatan babak emosi. 

Namun, di artikel tersebut, pihak Suka Filem gagal untuk mencari perkembangan terkini pelakon cilik yang memegang watak Yaya, Amy Suraya.

Pihak Suka Filem dihubungi seorang pembaca yang memberi maklumat berkenaan pelakon cilik ini yang sudah dewasa dan memberikan link Facebook pelakon cilik berlekaan yang kini sudah dewasa. 


Pengarah drama Kerana Cintaku Saerah, Shahrulezad Mohameddin juga turut mendedahkan siapa sebenarnya Amy Suraya ini dalam satu hantaran post di Facebooknya.


Menurut pengarah yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat itu, Amy Suraya merupakan sepupu kepada pengarah sendiri. Amy Suraya sudah tidak lagi berlakon dan sudah pun berkahwin dan kini, ketika artikel ini ditulis, sedang mengandungkan anaknya yang pertama. 

Menurut Shahrulezad Mohameddin lagi, dia menggunakan khidmat sepupunya untuk menjimatkan bajet. Amy Suraya juga pernah muncul dalam Seputeh Qaseh Ramadhan (2006) yang diterbitkan setahun sebelum Kerana Cintaku Saerah.


Untuk mengetahui perkembangan watak watak lain dari drama Kerana Cintaku Saerah, baca di link ini




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan