Dimana Pelakon 'Kerana Cintamu Saerah' Selepas 14 Tahun

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin pernah mengarahkan sebuah drama bersiri yang cukup meruntun hati yang ditayangkan di slot Samarinda pada 2007. Drama bertajuk Kerana Cintaku Saerah ini mempunyai 12 episod dan cukup ikonik khususnya bagi pelakon Khairyll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Kini, selepas 14 tahun drama itu bersiaran, para pelakonnya sudah membawa pelbagai halatuju masing-masing. Jom kita lihat apa yang sudah terjadi kepada pelakon-pelakon utama drama bersiri Kerana Cintaku Saerah.

1. BENJY


Pelakon yang merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawati ini mengalami liku kehidupan yang agak sukar apabila pada 2010, dia ditahan bagi membantu sisatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah. Benjy dilaporkan tidak didalangi sebarang sindiket dan melalukan aktiviti penjualan dadah secara sendirian untuk para artis.

Kini, pelakon ini sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun semenjak 2017 di Indonesia apabila dia ditahan bersama 4.5 gram dadah syabu yang disembunyikan di lubang duburnya pada April tahun sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Foto di atas ialah foto terkini lawatan Presiden Seniman, Zed Zaidi sekitar tahun 2020 sebelum Covid-10 melanda. 

2. ISMA YUSOOF


Bermula dengan telemovie Sutun Kembali pada 2006, pelakon ini menempa nama dalam pelbagai drama dan filem terutama di TV3. Malah, Isma Yusoof, juga dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof juga pernah mengarahkan filem pertamanya, Blok 404 pada 2018. 

Pada awal 2021, dunia hiburan kecoh apabila pelakon ini pernah mengaku dirinya ialah seorang transgender dan tidak mempedulikan sebarang kecaman yang akan diterimanya. 

3. ENGKU FARIDAH


Pelakon veteren yang cukup hebat ini masih lagi aktif berlakon semenjak memulakan kariernya melalui Kerana Cintaku Saerah. Pada 2019, Engku Faridah pernah dimasukkan ke dalam ICU kerana jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah. 

Penampilan Engku Faridah juga berubah sesuai usia. Kini, penampilannya sudah pun berhijab. 

4. UMIE AIDA


Siapa tak kenal pelakon hebat era 90an ini. Masih aktif dalam bidang lakonan, pelakon ini lebih sinonim dengan siri Mok Cun. Berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua daripadanya pada 2010, pelakon ini kini sudah mempunyai penampilan yang lebih baik apabila mengenakan hijab.

Filem lakonannya, Dukun, pernah dibanned sebelum dapat ditayangkan pada 2018.

5. WAN MAIMUNAH


Pernah meninggalkan dunia lakonan buat seketika, Wan Maimunah yang sebelum ini kini kembali aktif berlakon. Drama terkini yang membuatkan kemunculannya dirasai semula ialah melalui drama bersiri Tak Sempurna Mencinatimu. Pelakon ini mengakhiri zaman jandanya pada 2013 selepas bernikah pada 2013. Malangnya, perkahwinan kedua itu tidak lama apabila dia mengesahkan sudah bercerai dengan pasangan pada April 2015.

6. SHARIFAH SHAHORA


Berkahwin engan pengarah Raja Mukhriz pada 2008, rumah tangga pelakon dan pelawak ini pernah goyah seketika pada 2015 apabila suaminya didakwa curang. Masih aktif dalam bidang lakonan, pelakon ini juga aktif sebagai penerbit drama.

7. NOORKHIRIAH


Pelakon ini kini mungkin sinonim dengan kerja amal disamping menjadi usahawan. Masih aktif berlakon tetapi lebih memilih untuk memegang watak yang lebih islamik sesuai dengan penampilannya yang kini sudah berhijab. 

8. AMY SURAYA


Pelakon cilik ini tidak dapat dipastikan perkhabaran terbarunya. Tiada carian terkini dan perkembangan terkini berkenaan pelakon cilik ini. [Dikemaskini, lihat wajah terbaru Amy Suraya di sini]


Sebarang percanggahan maklumat sila hubungi admin.






LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan