Pengarah 'Jurassic World' Bakal Bikin Kisah Tentang Kehidupan Di Atlantis

Pengarah yang terkenal dengan filem dinosaur, Colin Trevorrow kini sedang dalam proses mencipta kisah berkenaan dunia Atlantis bersama penulis lakonlayar drama bersiri House of Dragon dan penerbit Charmaine DeGrate.



Filem berkenaan dunia Atlantis yang hilang itu dilaporkan dalam proses pembangunan di Universal Studios. Menurut sumber, filem berkenaan kini di fasa awal penciptaan skrip dan banyak maklumat masih belum diketahui. 

Atlantis sebelum ini menjadi dunia fiksyen dalam filem superhero Aquaman. Pada 2001 dan 2003 juga, Disney pernah menerbitkan filem berkaitan Atlantis iaitu Atlantis: The Lost Empire dan Atlantis: Milo's Return. 

Semestinya dengan pengalaman Trevorrow mengarahkan dunia Jurassic World, kita akan dapat melihat dunia Atlantis yang luar biasa selepas filem ini ditayangkan kelak. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan