Adegan Panas Filem 'Pulau' Dilakonkan Pelakon Bukan Islam! - Alif Satar

Beberapa hari lepas, dunia perfileman kecoh dengan trailer filem Pulau: Siapa Pergi Mati yang mana mengundang kontroversi apabila memaparkan adegan adegan panas yang melanggar batas norma masyarakat Malaysia. Ramai yang menggesa filem ini ditarik balik. 


Melalui artikel Mstar, Alif Satar yang turut terlibat dalam filem berkenaan menjelaskan bahawa adegan mesra dan panas di dalam filem berkenaan dilakonkan oleh pelakon bukan Islam. 

Alif Satar tidak terlibat dalam adegan panas filem berkenaan dan dia ada berbincang dengan pengarah untuk adegan adegan yang tidak bersesuaian dengan norma Malaysia.

Pulau: Siapa Pergi Dia Mati akan ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023 dan menampilkan pelakon seperti Amelia Henderson, Ikmal Amy, Ms Puiyi, Mark O'Dea dan ramai lagi. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan