James Cameron Mahu Bersara Selepas Bikin 5 Hingga 6 Filem Lagi!

Pengarah terkenal yang pernah mengarahkan filem Titanic, James Cameron mendedahkan yang dia mungkin akan aktif mengarahkan filem selepas Avatar dilancarkan. Ketika ini, usia pengarah yang bakal hadir dengan Avatar: The Way of the Water ini sudah pun berusia 68 tahun dan sudah punya pelbagai francais hebat di tangannya.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pengarah itu menyatakan bahawa dia masih ingin mengarahkan filem-filem lain sebelum berhenti daripada menjadi pengarah. Namun, dia juga tahu bahawa dia pastinya akan memerlukan legasi untuk meneruskan francaisnya menandangkan usianya yang sudah lewat.

I’d be 89 by then. Obviously, I’m not going to be able to make Avatar movies indefinitely, the amount of energy required. I would have to train somebody how to do this because, I don’t care how smart you are as a director, you don’t know how to do this.

 Pengarah yang juga pernah mengarahkan francais Terminator itu mengambil masa 25 tahun untuk menghidupkan dua lagi filem Avatar yang kini bakal menemui penonton. Hal ini menunjukkan bahawa James Cameron meletakkan dedikasi sepenuhnya terhadap projek yang melibatkan dirinya.

Dengan perkembangan teknologi 3D dan CGI juga, pastinya Avatar: The Way of Water akan menampakkan perkara-perkara yang lebih gah berbanding filem-filem terdahulu.


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan