'Gogola', Filem Kaiju Dari Bollywood Yang Kini Diisytihar Filem Yang Hilang!

Tahukah anda bahawa industri filem Bollywood pernah hadir dengan filem monster mereka tersendiri. Sayangnya, filem tersebut kini sudah pun diisytihar sebagai filem yang hilang dan tidak dapat ditonton lagi. 

Sebelum korang baca lebih lanjut, jangan lupa sertai Komuniti Filem Terbesar Malaysia dengan klik sini.



Filem bertajuk Gogola ini diterbitkan pada 1966 dan diadaptasi daripada filem filem monster jepun, Gojira. Ianya dikatakan satu satunya filem monster dari Bollywood sehingga hari ini.

Menurut Lostmediawiki, filem tersebut bermula dengan beberapa orang remaja yang melihat penampakan monster Gogola dan kemudiannya berlari kepada polis yang tidak mempercayai mereka. Tiada siapa percayakan mereka sehinggalah raksasa itu muncul dari laut dan memusnahkan bandar Mumbai.

Tentera India yang dikerah menumpaskan raksasa itu gagal membunuh Gogola lalu menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang mampu membunuh Gogola. Seorang saintis yang sedang dalam belitan hutang ah long dan juga sedang mengancam nyawa anaknya mengambil tawaran ini.

Di akhir filem, dikisahkan bahawa anaknya berjaya membunuh Gogola dengan racun yang disediakan oleh ayahnya. Selepas Gogola ditumpaskan, keamanan datang kembali ke bandaraya Mumbai.

Filem ini dibintangi oleh Azaad Irani, Nayam Pali, Tabassum dan ramai lagi. Tiada maklumat sama ada filem ini box-office atau tidak ketika tayangannya. 








Apa yang ada dan tinggal sebagai bukti wujudnya filem ini hanyalah beberapa still photos dan juga runut bunyi filem berkenaan yang boleh diakses di Google dan Youtube. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan