Joe Flizzow Nyaris Batal Hasrat Jadikan Lagu 'Evo' Runut Bunyi 'Polis Evo' Kerana Satu Perkataan.

Polis Evo yang diterbitkan pada tahun 2015 ialah antara filem aksi yang cukup ikonik. Filem yang menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam itu berjaya mengutip RM17 juta semasa tayangannya dan diteruskan ke filem kedua dan ketiga.

Antara keunikan filem ini ialah runut bunyinya yang dinyanyikan Joe Flizzow dan SonaOne. Liriknya yang berani dan menaikkan semangat menjadikan filem ini cukup energetik. Namun, dalam temubual bersama Youtube Music Addict Malaysia, Joe Flizzow mendedahkan dia nyaris menarik lagu ini untuk dijadikan lagu filem berkenaan gara gara satu perkataan.

Korang boleh tonton temubual di sini.

Lagu tersebut diterbitkan oleh Audi Mok. Lagu tersebut dihasilkan dalam satu malam sahaja.

So, saya ada satu line, 'jangan kejut harimau sedang tidur'. Dan dia punya feedback yang datang daripada producer ialah kita kena tukar line ni. 

Antara sebab kenapa isu ini terjadi ialah kerana perkataan harimau yang sedang tidur dirasakan bakal membuatkan pihak PDRM berkecil hati. Namun, isu itu selesai apabila Joe Flizzow berjaya meyakinkan pihak producer bahawa PDRM suka filem ni apabila dia memperdengarkan lagu ini kepada seorang pegawai polis kelas atasan.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan