Filem Aksi Pertama 'Keluang Man' Bakal Jadi Kenyataan Di Tangan Astro Shaw!

Selepas beberapa kali percubaan untuk menjadikan Keluang Man sebuah filem aksi gagal, nampaknya sinar harapan terbaru muncul apabila penerbit filem gergasi Astro Shaw kini memperolehi hak cipta adaptasi ke filem untuk watak berkenaan selepas menandatangani perjanjian bersama pemegang hak cipta asal Keluang Man, Iconic Animation.



Perkara ini sememangnya menggembirakan ramai peminat filem kerana Astro Shaw ialah sebuah produksi yang cukup hebat dalam membikin filem-filem hebat. Justeru itu, pembikinan Keluang Man ialah sesuatu yang dinantikan sudah sekian lama.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kerjasama ini ialah permulaan kepada pengenalan semula superhero tersebut buat generasi baru. 

Kami percaya jenama Keluang Man amat besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat tersendiri yang membesar bersama siri animasi ini. Meskipun jenama ini telah lama disiarkan, namun apabila ia diulang tayang selepas 10 tahun kemudian, ia masih mendapat sambutan baik dan itu membuktikan animasi adiwira ini mampu meninggalkan kesan di hati penonton dan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman. Kami harap berita baik ini dapat memberi keterujaan buat peminat dan sekali gus dapat membuktikan karya animasi tempatan mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

Buat masa ini, Astro Shaw masih tidak mempunyai plot filem berkenaan dan barisan pelakon masih lagi dalam pemilihan.

Keluang Man merupakan siri animasi superhero yag diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor yang pertamakalinya disiarkan pada 1998. 

Sebelum ini, pengarah filem Rizal Ibrahim pernah terikat dengan percubaan adaptasi watak Keluang Man pada 2018 sebelum menarik diri dan projek berkenaan dibatalkan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan