Steven Spielberg beraya mengadaptasi novel tulisan Michael Crichton bertajuk Jurassic Park dengan cukup baik pada 1993 sekaligus berjaya membentuk francaisnya yang tersendiri. Di dalam filem berkenaan, latar tempat yang digunakan ialah sebuah kepulauan yang dikenali sebagai Isla Nublar.
Persoalannya, adakah Isla Nublar betul betul sebuah pulau yang wujud?
Jawapannya, tidak. Isla Nublar bukan sebuah pulau yang betul betul wujud.
Kebanyakan penggambaran filem Jurassic Park dijalankan di Hawaii dan pulau yang digunakan sebagai Isla Nublar ialah sebuah pulau yang dikenali sebagai Oahu. Selain itu, babak-babak filem ini turut dilakonkan di Kualoa Ranch yang berada di kepulauan berkenaan.
Kualoa Ranch ialah kawasan tanah rata yang berlatar belakangkan gunung ganang yang menjadi tempat penternak lembu melepaskan lembu mereka untuk mencari makan. Kini, kawasan itu juga telah menjadi kawasan tarikan pelancong.
Sebelum penggambaran Jurassic Park, Kualoa Ranch menjadi tarikan pembikin filem Hollywood dan menjadi set penggambaran lebih 50 filem box office dan juga siri TV era berkenaan.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan