'The Mummy: Rise of the Aztec' Filem Sekuel The Mummy Yang Dibatalkan!

The Mummy, pada 1999 merupakan filem yang cukup ikonik dan merentasi zaman. Filem yang menampilkan gandingan Brendan Fraser dan Rachel Weisz menumpaskan mumia mengamuk itu berjaya menarik penonton sehinggakan sekuelnya dibikin pada 2001. 

Trivia menarik, sebelum Brendan Fraser dipilih untuk memegang watak O'Connell, Tom Cruise adalah antara yang tercalon. Namun, jodoh watak tersebut milik Brendan Fraser.

Menariknya, sekuel filem ini berjaya mengutip USD435 juta sepanjang tayangan mengatasi filem pertamanya yang hanya berjaya mengutip USD416 juta sepanjang tayangan.

Selepas kejayaan filem kedua, Universal Studios mahu mengulangi kejayaan dua filem berkenaan dengan membikin filem ketiga. Sayangnya, pengarah filem berkenaan, Stephen Sommers memilih untuk tidak kembali mengarah kerana merasakan idea filem ketiga tidak mampu untuk menyaingi kehebatan dua filem sebelumnya.

Brendan Fraser dan John Hannah ialah satu satunya pelakon yang kembali dari francais sebelumnya. Rachel Weisz menolak wataknya kerana baru sahaja melahirkan bayi. Wataknya digantikan dengan pelakon Maria Bello. 

Walaupun pengarah asal menolak, Universal Studios meneruskan projek berkenaan dengan mengambil Rob Cohen sebagai pengarah. Selang 7 tahun dari filem kedua, The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor muncul. 

Seperti diduga pengarah asalnya, filem ini dikritik teruk pengkritik kerana elemen unik dua filem asal seolah-olah hilang di tangan pengarah baru. Filem ini hanya berjaya mengutip USD403 juta di seluruh dunia.

Walaupun dikira menguntungkan, filem ketiga The Mummy merupakan filem yang paling merugikan dalam francais kerana pembikinan filem berkenaan melibatkan USD145 juta. Filem pertama The Mummy hanya dibikin dengan kos USD80 juta dan filem keduanya dibikin dengan kos USD 98 juta.

The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor sememangnya percubaan Universal Studios untuk membikin trilogi baru. Di akhir filem berkenaan, dapat dilihat bahawa filem keempat filem ini bakal melibatkan lokasi di Peru.

Menurut sumber, The Mummy: Rise of the Aztec bakal mengisahkan O'Connell menyelamatkan Jonathan yang terperangkap di Peru. Watak jahat filem berkenaan bakal dilakonkan oleh Antonio Banderas. Namun, plot filem ini samar-samar dan tidak dapat disahkan kesahihannya. 

Sayangnya, disebabkan review filem ketiga The Mummy begitu teruk, Universal Studios memilih untuk membatalkan filem berkenaan dan misi O'Connell ke Peru tidak dapat direalisasikan sehingga kini.

Universal Studios kemudiannya memilih untuk reboot filem berkenaan sebagai pemula kepada Dark Universe. Tom Cruise menerima peranan watak utama setelah sekian lama.

Sayangnya, filem berkenaan juga gagal. Dengan bajet sebanyak USD345 juta, filem tersebut hanya berjaya mengutip sebanyak USD410 juta sekaligus menamatkan hasrat Universal Studios untuk memulakan universe seakan-akan MCU!


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan