Sinopsis 'KL Gangster 3' Beri Hint Penglibatan Gengster Dan Mafia Antarabangsa

Selepas Syamsul Yusof mengumumkan yang filem berkenaan bakal menjalani penggambaran, semestinya para peminat filem KL Gangster terus tertunggu-tunggu akan kemaskini terbaru berkenaan filem ini. Sebelum ini, Syamsul Yusof membuat pengumuman akan memasukkan dua watak baru yang dirahsiakan buat masa ini.



Terkini, melalui laman Instagram, pengarah yang sebelum ini mengarahkan filem Munafik itu memberi sinopsis ringkas berkaitan KL Gangster 3 di laman Instagramnya. Menerusi sinopsis itu, KL Gangster 3 bakal mengisahkan tentang Malik & Jai yang terperangkap dalam perperangan antara gangster dan mafia antarabangsa.



 Ternyata, menerusi filem KL Gangster 3, Syamsul Yusof kelihatan tidak mahu menggunakan formula KL Gangster yang biasa. Membawa elemen mafia dan gangster antarabangsa semestinya akan menjadikan KL Gangster lebih ganas dan sesuai dengan peredaran zaman dimana peminat mahukan filem yang lebih hebat

Filem KL Gangster 3 bakal menjalani penggambaran pada 21 Februari 2022 dan Syamsul Yusof menggelarkan filem ini sebagai filem aksi terbesar dalam industri filem Malaysia. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan