Header Ads Widget

Syamsul Yusof Minta Calon Pelakon 'KL Gangster 3', Namron, Bront Palarae Dan Amerul Afendi Dalam Senarai Netizen

Syamsul Yusof tampil dengan update terbaru untuk filem KL Gangster 3 yang bakal menjalani penggambaran tak lama lagi. Filem ketiga dalam francais ini bakal mengembalikan watak Malik, Jai, Shark dan lain lain. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada ini merupakan sekuel ataupun prekuel dari dua filem sebelum ini.



Di Instagram, Syamsul Yusof meminta pendapat para netizen untuk memberikan nama pelakon yang sesuai untuk dua watak baru yang akan berentap dengan watak-watak asal francais berkenaan. 

Melihat pada ruang komen, rata-rata teruja dengan pengumuman terbaru berkenaan filem ketiga KL Gangster berkenaan. Ada yang mencadangkan untuk memasukkan pelakon seperti Beto Khusyairi dan Azhan Rani yang sudah pun berada di dalam francais tersebut melalui KL Gangster: Underworld.


Malah, ada yang turut mencadangkan pelakon Namron dan Amerul Afendi sebagai sebahagian watak baru dalam filem berkenaan. 

Melihat pada pemilihan para pelakon yang disebut netizen, pastinya ianya akan menambah kekuatan francais berkenaan jika Syamsul memasukkan pelakon-pelakon berkenaan dalam francais berkenaan. Namun, pelakon Amerul Affendi dan juga Nam Ron sebenarnya sudah ada dalam francais berkenaan dari KL Gangster: Underworld.

Bront Palarae pula dengan statusnya sebagai pelakon yang dikenali melalui beberapa penglibatannya dengan filem Indonesia dan juga antarabangsa pastinya akan menambah kemeriahan filem ini.

Korang pula, siapa pelakon yang sesuai untuk dimasukkan dalam KL Gangster 3, kongsikan di komen. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments