Header Ads Widget

Sah! Watak Jai Akan Kembali Dalam Filem 'KL Gangster 3: The Finale'

Selepas memberikan sinopsis berkenaan filem KL Gangster 3 yang bakal melibatkan Gangster antarabangsa, Syamsul Yusof sekali lagi membuat naik info terbaru untuk filem ketiga salam francais filem KL Gangster itu. 



Di laman Instagram, Syamsul Yusof mengumumkan yang Jai Akan Kembali dalam filem berkenaan. Watak yang cukup popular dengan dialog ketip gigi itu dilakonkan oleh Dato Adi Putra. Ianya antara watak ikonik dan cukup dikenali dalam francais KL Gangster. 

Sebelum ini, rata rata peminat meminta supaya kebanyakan watak dalam dua filem asal kembali untuk filem ketiga. Kini, dengan pengumuman ini, pastinya ada lebih kejutan yang akan menanti. 

 

Sebelum ini, Syamsul Yusof ada mendedahkan yang akan ada pelakon yang akan melakonkan watak baru dalam filem ketiga ini. Buat masa ini, tiada pengumuman dilakukan tentang pelakon berkenaan. 

KL Gangster 3: The Finale akan menjalani penggambaran selama 60 hari. Filem ini akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2. Latar masa filem ini ialah di antara filem KL Gangster 2 dan KL Gangster. 

Tiada tarikh tayangan untuk filem ini buat masa ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments