Transformer 7 Akan Tampilkan Lebih Banyak Rekaan Watak Generasi Pertama

Paramount Studios mendedahkan bahawa filem ketujuh Transformers yang diberi tajuk Rise of The Beast akan menampilkan rekaan watak Transformers generasi pertama yang lebih klasik dan dekat dengan penonton. Filem Transformers sebelum ini diarahkan oleh Michael Bay dan kelihatan agak merudum dari aspek penceritaan semenjak filem terakhirnya, The Last Knight.



Filem terbaru Transformers ini akan diarahkan oleh Steven Caple Jr  ini akan mengadaptasi animasi Transformers: Beast Wars yang mana akan mengembalikan watak seperti Predacons, Maximals dan Terrorcons. Filem ini akan berlatarkan tahun 1994 dan berlaku diantara filem Bumble Bee yang berlatar belakangkan 1987, dan filem Transformers moden arahan Michael Bay.

Optimus Prime akan menampilkan rekaan klasik yang menyaksikan kembalinya, Peter Cullen, pemilik asal suara Optimus Prime. Menurut studio, filem ini akan turut mengeksplorasi watak Optimus Prime dengan lebih dalam lagi.

Kehadiran watak-watak baru dalam francais Transformers mungkin akan memberikan ruang untuk francais ini bangkit semula. Dengan kisah daripada animasi Beast Wars, semestinya ini sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat.

Transformers: Rise of the Beast akan ditayangkan pada 24 Jun 2022. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan