Reshoot Filem 'Deadpool 2' Bakal Tambah Adegan Watak Cable dan Domino


Deadpool 2 kini sedang menjalani penggambaran semula untuk menambah beberapa babak untuk watak Cable dan Domino kerana ulasan negatif selepas tayangan ujian. Awal bulan lepas, Josh Brolin mengumumkan yang dia akan kembali semula ke set penggambaran Deadpool 2. Pada masa itu, tiada siapa kisah tentang hal itu sehinggalah sekarang.


Steve Wintraib dari Collider menatakan bahawa penggambaran semula dijalankan kerana penerimaan negatif filem tersebut pada tayangan ujian yang dijalankan. Penggambaran semula ini bakal menambahkan beberapa babak Cable dan Domino yang mana menjadi perhatian sepanjang tayangan ujian yang dijalankan. Berikut ialah penjelasannya:
Both crowds in these screenings said they love Josh Brolin as Cable, they love Domino, but that they would like to see more of both characters in the movie. This is obviously not talking about other things that we’re not allowed to talk about… The two main things were Cable, Domino, everyone loved both characters, they wanted to see more. So when everyone in an audience gives notes and says ‘we want more Domino, we want more Cable,’ the smart play for the studio is, especially in the competitive summer is, ‘okay, how can we do that? how can we add these characters?’ So what happened was in February or whenever it was, they did additional photography, where, guess what, they added Cable, or more Cable and they added more Domino. And so that’s the main thing about the additional photography. There was no trainwreck.
Perkataan reshoot/ penggambaran semula selalunya memberikan gambaran negatif terhadap sesebuah filem. Namun, tidak seperti yang terjadi kepada Justice League, tak semua filem yang menjalani penggambaran semula akan menjadi lebih teruk daripada versi awal. Filem Wonder Woman dan Rogue One: A Star Wars Story juga pernah menghadapi penggambaran semula dan masih berjaya mendapat kutipan memberansangkan.


Catat Ulasan

0 Ulasan