Tarikh Tayang Wonder Woman 2 Dianjak Sebulan Awal

Tarikh tayangan filem Wonder Woman 2 nampaknya telah bertukar ke 1 November 2019. Filem sekuel kepada Wonder Woman arahan Patty Jenkins ini menjadi fenomena awal tahun ini apabila ianya mendapat review sebagai filem terbaik DC Extended Universe sekaligus mendapat kutipan sehingga USD 821.7 juta seluruh dunia.


Pada awalnya, Warner Bros menyasarkan tayangan filem tersebut pada 13 Disember 2019. Namun, ianya diubah apabila Lucasfilem mengubah tayangan filem Star Wars: Episode IX ke musim cuti selepas J.J Abrams menggantikan Colin Trevorrow sebagai pengarah filem tersebut.

Wonder Woman 2 akan menyaksikan kembalinya Gal Gadot untuk melakonkan watak Wonder Woman. Sudah pasti, tarikh yang dianjak bagi mengelakkan persaingan antara dua filem besar ini akan meningkatkan keuntungan filem masing-masing.

Catat Ulasan

0 Ulasan