J.J Abrams Bakal Arahkan Filem Star Wars 9

Pengarah filem Star Wars: The Force Awakens dilaporkan telah menggantikan pengarah filem Star Wars 9 asal, Colin Trevorrow yang dilepaskan oleh Lucas Film kerana perbezaan kreatif.  Ini bukanlah insiden pertama kompani itu 'membuang' pengarah filem mereka.

Terdahulu, Phil Lord dan Chris Miller pernah diarahkan meletakkan jawatan sebagai pengarah filem Han Solo.


Menurut Deadline, pengarah filem The Last Jedi iaitu Rian Johnson diminta untuk menggantikan Trevorrow sebelum tawaran itu ditolak. Studio itu kemudiannya memilih J.J Abrams yang sebelum ini pernah mengarahkan filem ketujuh Star Wars, The Force Awakens. 



Setakat ini, tiada penggambaran yang tertunda dan semuanya masih berjalan lancar. Moga filem ke sembilan Star Wars itu dapat disiapkan tanpa sebarang masalah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan