TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Jenkins Bakal Arah Filem Wonder Woman 2

Pengarah filem Wonder Woman akhirnya menamatkan spekulasi yang berlegar selama ini yang menyatakan dia akan kembali untuk mengarahkan filem superhero laris dari DC Comic tersebut. Rata-rata penonton yang menonton filem Wonder Woman berpuas hati dengan filem tersebut dan memang menantikan kesinambungan kisah Diana Prince seterusnya.


Patty Jenkins sebelum ini pernah mengarahkan filem Monster yang juga pernah memenangi anugerah Oscar. Selepas 14 tahun, pengarah ini melibatkan diri dengan mengarahkan filem Wonder Woman yang mana menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe. 




Peminat filem Wonder Woman nampaknya boleh berasa sedikit lega apabila Patty Jenkins kembali mengarahkan filem lakonan Gal Gadot tersebut. Diharapkan pengelibatannya akan memberikan jiwa yang sempurna kepada filem sekuel tersebut.

Tarikh tayangan filem Wonder Woman 2 bakal bertembung dengan filem Star Wars 9 yang ditunda tayangannya daripada May 2018 kepada 20 Disember 2019. Dan ini ialah sebahagian daripada cabaran Patty Jenkins untuk membina sebuah filem yang kuat untuk menarik penonton untuk ke pawagam. 

Buat masa ini, kita masih belum tahu apa yang bakal disajikan dalam filem sekuel ini. Namun, dengan khabar angin yang menyatakan bahawa watak Chris Pine akan kembali, kita hanya mampu menanti dengan penuh debaran.


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Ulasan Filem: War (2019)

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]