Peminat DC Hentam Whedon Selepas Like Status Kutuk Steppenwolf



Josh Whedon nampaknya telah menaikkan amarah para peminat DC apabila telah menyukai satu tweet di Twitter yang mana memberi reaksi negatif terhadap karakter Steppenwolf di dalam filem Justice League.


Perkara itu terjadi apabila seorang penulis dari Vanity Fair, Joanna Robinson menulis di twitter dengan membandingkan watak Steppenwolf dengan watak Dark Elf Malekith dari filem Thor: The Dark World.



Review pendek ini kemudiannya mendapat perhatian Josh Whedon lalu dia menekan butang like. Tidak dipastikan sama ada Josh Whedon bersetuju dengan pendapat penulis Vanity Fair itu ataupun dia hanya like untuk menyatakan dia telah membaca status itu tidaklah diketahui. Apa yang pasti, tindakan Josh Whedon itu menyebabkan ramai peminat DC marah.

Para peminat DC menganggap like tersebut sebagai tanda pembelotan Josh Whedon. Antara komen-komen yang menyatakan amarah mereka terhadap pengarah filem DC, Justice League ialah seperti berikut:

 “You are absolutely repulsive"

 “How dare you even like this tweet?” “Your fingerprints are all over this film & you had yet to voice out any kind of support for it!"

“You are despicable & you have singlehandedly ruined Zack Snyder’s Justice League.”
Peminat agak marah apabila Josh Whedon membuang banyak dari idea asal Snyder. Malah, ada juga gaya Snyder juga hilang daripada jiwa filem ini. Beberapa orang peminat DC juga sudah mula memfailkan petisyen menuntut tayangan filem asal versi Snyder.

Sudah mula ditayangkan di pawagam, filem ini menampilkan Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Henry Cavill sebagai Superman, Amy Adams sebagai Lois Lane, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent dan Ciarán Hinds sebagai Steppenwolf.




Catat Ulasan

0 Ulasan