TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Justice League (2017)



Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Zack Snyder 
Pelakon | Ben Afleck, Gal Gadot, Henry Cavill, Jason Momoa, Ezra Miller

Akhirnya, filem yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sudah pasti, ramai penonton terutamanya peminat tegar komik DC mahu menonton bagaimana gabungan lima superhero ini bergabung untuk menentang Steppenwolf. Ianya sesuatu yang mengujakan untuk menyaksikannya apatah lagi pelbagai kisah di sebalik pembikinan ini membuatkan penonton mahu tahu hasil sebenar file mini selepas Josh Whedon ambil alih takhta pengarah asal, Zack Snyder. 

Apa yang aku akan huraikan ialah bersifat peribadi. Jadi, penilaian ini mungkin wajar untuk aku sahaja sebagai penonton, dan tidak semestinya pendapat untuk kau guna pakai keseluruhannya. Jadi, bersedia dengan apa yang aku akan katakan. 

Hakikatnya, apabila sebuah rumah, yang pada awalnya ditukangi dengan kemas, lalu tukang buat rumah tu meninggalkan kerjanya dan kemudiannya diambil alih oleh tukang baru, sudah pasti, kita tidak akan dapat mendapat sesuatu yang sempurna. Begitulah dengan Justice League. Apa aku boleh katakan, filem ini memang buruk! Sangat-sangat buruk daripada filem Batman vs Superman mahupun Man of Steel. 

Tetapi, walaupun filem ini buruk, Josh Whedon nampaknya berjaya menempel bahagian yang menarik supaya kisahnya mampu untuk dinikmati oleh penonton. Nampak seperti pengarah ini membuat u-turn untuk tidak menggunakan tone serius Snyder dengan menggantikannya dengan tone Whedon sendiri yang dipenuhi dengan elemen pick-up line dan juga dialog lucu. Itu yang Whedon buat dengan Avengers, dan formula itu dihadiahkan kepada DC untuk memberi ruang untuk DCEU menyerlah. 

Seharusnya, apa yang diberikan oleh Josh Whedon sememangnya satu penyelamat. Tanpa Josh Whedon, pastinya filem Justice League akan jadi serius dan berat. Josh Whedon sendiri kelihatan sudah melihat bagaimana Suicide Squad mampu buat duit dengan gayanya yang tersendiri. Josh Whedon juga sudah membuktikan bahawa penonton tidak menggemari filem superhero yang berat dan meleret. Mereka mahukan sesuatu yang fun! Dan Whedon hadiahkannya kepada kita. 

Tapi, walaupun aku bersetuju dengan beberapa perkara yang diubah Josh Whedon, aku juga masih juga kurang gemar apabila Josh Whedon cuba nak ‘melawakkan’ Superman dan Batman yang selama ini dikenali dengan keseriusan mereka. 

Dari segi plot, filem ini memang tidak memerlukan masa yang lama untuk menemui kejahatan yang dicanang, si Steppenwolf. Ianya tidak meleret kerana Warner Bros mahu membikin filem ini dalam masa durasi 2 jam. Kelihatan plotnya selesa dengan durasi masa yang ada dan ianya cukup padat untuk mengisahkan pertembungan Justice League dengan penamat dunia itu. 

Namun, dengan memendekkan filem ini, kelihatan seperti karakter Cyborg tidak dapat menonjol dengan baik. Mungkin kisahnya akan lebih jelas dalam filem stand-alonenya tersendiri nanti, tapi, buat masa ini, Cyborg kelihatan agak janggal untuk masuk ke dalam DCEU tanpa memberi ‘salam’ yang sempurna. 

Malah, Steppenwolf juga kelihatan amat simple dan kejahatannya gagal untuk digambarkan dengan lebih hebat. Tidak seperti kita melihat General Zod dalam filem Man of Steel, makhluk pemusnah ini kelihatan banyak kekurangannya. 

Ezra Miller memang mencuit hati. Lagaknya sebagai The Flash sememangnya antara karakter yang menarik untuk dilihat. Ben Affleck kelihatan sudah menguasai jiwa Batmannya. Wonder Woman pula sememangnya kelihatan lebih hebat berbanding sebelumnya. Aquaman juga tidak kurang hebatnya namun, seperti Cyborg, dia juga tidak memberi ‘salam’ dengan sempurna. 

Bahagian yang paling teruk dan kurang memuaskan ialah kesan CGI. Apa yang Josh Whedon buat dengan merubah tona asal filem itu tidak menjadi masalah. Namun, CGI yang digunakan untuk menempelkan badan Cyborg dan juga beberapa babak kelihatan agak ‘fake’. Adegan Superman dihidupkan nampak sangat kekurangan dalam CGI, malah begitu juga dengan bunga yang tumbuh selepas pertempuran. Buruk! 

Malah, misai Henry Cavill juga tidak dipadam dengan sempurna sehinggakan aku boleh rasakan bahawa ada sesuatu dengan bibir Superman ketika post-kredit dimana Superman berlumba lari dengan The Flash. Boleh dikatakan, CGI filem Justice League antara yang paling lemah dalam filem-filem DCEU. 

Justice League sememangnya boleh dikatakan sebuah permulaan baru kepada kejayaan dunia filem DCEU. Tetapi, untuk menjadikan filem Justice League sebuah filem yang hebat, ianya masih belum mencapai standard peribadi. Dengan visual yang nampak buruk dan kadangkala seperti filem separuh siap, Justice League masih mampu untuk menghiburkan, thanks to Josh Whedon yang mengubah tona filem ini. 

Aku juga akui bahawa aku masih mencintai gaya Snyder. Tapi, apa yang Josh Whedon berikan, aku rasa boleh diterima. Ada dua post-credit scene. Silakan menonton. 

8/10

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Ulasan Filem: Geran (2019)

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]