Inilah Babak Dari Trailer 'Justice League' Yang Tiada Dalam Filem



Justice League menghadapi reshoot yang agak banyak selepas Josh Whedon mengambil alih tempat Snyder. Josh Whedon dikhabarkan merombak dan membuang kebanyakan babak yang telah dirakamkan oleh Snyder dan mereka babak baru untuk membina tona filem yang segar dan baru. Hasilnya ialah apa yang kita tonton di pawagam sekarang.


Disebabkan oleh reshoot ini, kita dapat lihat bahawa kerja VFX tidak begitu kemas terutama sekali dalam memadam misai Henry Cavill yang tidak dapat dibuang kerana terikat dengan kontrak filem Mission Impossible 6. Malah, beberapa perkara dalam trailer juga kelihatan tidak dapat dilihat dalam filem sebenar.



Dari trailer rasmi Pertama:


1. Bruce Wayne bersedia untuk bertemu Aquaman


Babak ini tidak kelihatan langsung di dalam filem. Namun, mungkin babak ini terpaksa dibuang untuk memendekkan masa tayangan kerana kelihatan tidak penting.

2. Cyborg selamatkan polis


Babak ini jelas menunjukkan bahawa apa yang berlaku di Metropolis bukanlah perihal membangkitkan Superman sebelum Josh Whedon mengambil alih tempat Snyder.


3. Skrin di belakang Bruce Wayne ditukar kepada lagu Korea


Entah kenapa Josh Whedon memilih untuk menukarkan bahagian skrin di markas milik Barry Allen pun tidak diketahui. Mungkin juga Josh Whedon mahu menukarkan karakteristik The Flash supaya ianya kelihatan lebih kelakar. Mungkin.

4. Cyborg terbang dan mengenakan topeng


Ini ialah antara babak dari trailer yang dirasakan sedikit mengecewakan kerana gagal untuk dimasukkan ke dalam filem. Banyak babak Cyborg dibuang. Namun, apakan daya, Josh Whedon juga memilih untuk membuang aksi hebat Cyborg terbang membelah awan ini untuk final cut. 


5. Flashback Cyborg


Ini ialah momen paling penting untuk memperkenalkan watak Cyborg. Tanpa babak ini, watak Cyborg kelihatan seperti tidak masuk dengan baik ke dalam filem ini. Tapi, apakan daya, flashback ini sudah dibakul sampahkan juga oleh Josh Whedon.



Dari trailer Comic-Con:




1. Aquaman mendekati seseorang di dasar lautan.



Di dalam filem sebenar, babak Aquaman di Atlantis ini sangat singkat. Namun, kita dapat mengagak bahawa adegan di dasar laut ini sebenarnya lebih panjang daripada apa yang kita lihat. Jika anda amati dalam trailer, Aquaman bukan sahaja menyelam ke arah Atlantis, tetapi sebenarnya seperti hendak bertemu dengan seseorang.


Anda dapat lihat dengan jelas ada satu susuk tubuh yang memegang tombak menunggu di hujungnya, sedang duduk dan menanti. Namun, siapakah dia, tidak akan diketahui.

2. Harry menyentuh cermin kaca lalu memecahkannya. 


Babak ini tidak dapat ditonton dalam mana-mana bahagian filem Justice League yang sedang ditayangkan di pawagam. Babak ini kelihatan seperti berlaku pada awal filem sebenar filem versi Zack Snyder sebelum ianya dibakul sampahkan oleh Josh Whedon untuk memberi ruang kepada visinya dalam mencipta Justice League.

3. Batman melihat hologram Superman 


Tidak dipastikan kenapa Batman melihat hologram Superman dalam satu babak trailer filem tersebut. Teori menjelaskan bahawa plot asal kebangkitan Superman dalam filem yang sudah siap bukanlah perancangan awal Snyder tetapi sebaliknya Whedon. Mungkinkah Superman pada asalnya tidak ditakdirkan untuk muncul lebih awal daripada apa yang kita saksikan dalam filem?

4. Siapakah lelaki misteri yang bertemu Alfred 


Ramai menyangkakan bahawa ianya ialah Green Lantern. Namun, ada juga yang menyatakan bahawa inilah bahagian penting dimana Superman muncul kembali dari bumi. Mungkin juga cara Superman bangun berbeza dengan cara yang ditunjukkan dalam Justice League pada asalnya.

Jika anda melihat kepada ending filem Batman vs Superman, tanah di kubur Superman bergerak menandakan bahawa Superman sebenarnya mungkin hidup lagi. Tetapi, di dalam filem Justice League, Superman dihidupkan dengan kuasa Mother Box dan kuburnya perlu digali. Jadi, apa rasionalnya babak tanah bergerak di akhir filem Batman vs Superman?



Apapun, Justice League sudah siap dan mula ditayangkan di pawagam. Jangan lupa tonton ya! Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.

Catat Ulasan

0 Ulasan