'Flashback' Cyborg Dan Vulko Dibuang Dari 'Justice League'



Dengan durasi masa 2 jam, adalah amat sukar untuk memasukkan kesemua perkara dalam sebuah filem. Justeru, Justice League juga terpaksa memilih untuk membuang beberapa babak yang sebelum ini dirancangkan untuk dimasukkan ke dalam filem tersebut. Untuk filem Justice League, Warner Bros berkehendakkan durasi masa 2 jam sahaja dan menjadi tugas besar untuk membuang beberapa babak penting dari filem ini.


GameSpot telah menemubual pelakon Justice League tentang pelbagai babak yang dibuang daripada filem tersebut. Salah satu daripadanya ialah kisah tentang masa lampau Cyborg. Pelakon watak Cyborg, Ray Fisher menjelaskan bahawa ianya ialah babak yang memberikan emosi berat kepada karakternya.
“There were some things that you’ll probably end up seeing later on, that didn’t make it into this version of the film. There’s a scene with Victor Stone, when he still was Victor Stone, and his mother, that w

as really special to shoot.”
Seperti yang dikatakan oleh Fisher, filem Cyborg bakal ditayangkan tahun 2020 nanti mungkin memberi ruang untuk penonton menelurusi kisah Victor Stone sebelum dan selepas dia menjadi Cyborg. Walaupun filem Justice League tidak memberikan ruang untuk kisah Cyborg diutamakan, ianya tetap memberikan klu kepada hubungan Victor Stone dan ayahnya.
“What is great about this film going forward is you’ll be able to see him rebuild himself mentally the same way that his father rebuilt him physically. And it’s a process that’s going to take time.”


Selain kisah lampau Cyborg yang tidak berjaya masuk ke dalam suntingan akhir, Valko, watak yang dilakonkan Willem Dafoe juga tidak muncul dalam filem Justice League. 
“There’s a place where [Aquaman] goes down to, and it got cut out of the movie. He knows spots where he can go and he can see these statues, the remnants of [Atlantis]. There’s Vulko–obviously we’ll have way more scenes with Vulko, Willem Dafoe–in Aquaman. There just wasn’t enough time"
Malah, kelibat dunia Atlantis yang dihuni oleh Aquaman hanya muncul sekejap sahaja. Namun, ianya mungkin perkara yang baik kerana ianya memberi ruang kepada penonton untuk menunggu filem Aquaman yang bakal ke pawagam pada tahun 2018 nanti.
“Vulko’s his connection to Atlantis. I think what Zack [Snyder] and I did, we were kind of trying to establish that he was taken down there as a boy, and he was an outcast, he was a half-breed, and he was built up as a young boy, because he was fed all these ideas by Vulko — that he was the rightful king. And he gets down there, and he’s a half breed, he’s impure, and I’m just made to feel like I’m this disease. So after that, I was like, ‘fuck you, fuck you, I’m on my own.’”
Walaupun dua babak penting ini dipotong, ianya masih lagi menjadikan filem ini masih boleh ditonton. Semestinya kita harus menerima hakikat bahawa kegagalan dua filem DCEU yang terdahulu memungkinkan Warner Bros meminta durasi filem ini dipendekkan. Dan apa yang selebihnya dari filem ini, yang tiada dalam filem ini mungkin dapat dilihat sama ada di filem mendatang, ataupun dalam deleted scene nanti.

Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.

Catat Ulasan

0 Ulasan