Deadpool 2 Belum Ada Tajuk Rasmi?


Tahun 2018 menyaksikan Fox mempunyai tiga filem X-Men yang bakal ditayangkan iaitu New Mutants, sekuel Deadpool dan juga X-Men: Dark Phoenix. Namun, pastinya yang ditunggu-tunggu peminat ialah Deadpool 2 yang memang akan dijangka box-office. Tapi, nampaknya Deadpool 2 bukanlah tajuk rasmi yang bakal digunakan untuk tayangan nanti.


Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fox, studio besar itu menggelarkan filem Deadpool sebagai Untitled Deadpool Sequel. Ianya menunjukkan yang Deadpool 2 bukanlah tajuk sebenar filem tersebut. Screenrant telah mendapatkan kepastian berkenaan ini. Dan maklumbalas dari pihak studio ialah seperti berikut:
“This film is not yet titled so we are temporarily referring to it as Untitled Deadpool Sequel.”
Teknik pemasaran filem Deadpool kelihatan agak kuat dan pelik. Ianya sekaligus meningkatkan kehebatan watak dari dunia X-Men itu yang memang tidak dinafikan mempunyai sifat gila-gila dan nakalnya yang tersendiri.


Baru-baru ini, aktor Ryan Reynold telah memuat naik teaser filem tersebut yang kelihatan amat unik dan pelik.

Berikut pula ialah sinopsis filem ini yang sudah diterbitkan secara rasmi. Memang mengarut nampaknya
After surviving a near fatal bovine attack, a disfigured cafeteria chef (Wade Wilson) struggles to fulfill his dream of becoming Mayberry’s hottest bartender while also learning to cope with his lost sense of taste. Searching to regain his spice for life, as well as a flux capacitor, Wade must battle ninjas, the yakuza, and a pack of sexually aggressive canines, as he journeys around the world to discover the importance of family, friendship, and flavor – finding a new taste for adventure and earning the coveted coffee mug title of World’s Best Lover.
Apapun, Deadpool 2 diharap dapat menandingi kehebatan filem pertama. Memang ianya akan memberikan aura baru dalam filem superhero untuk tahun 2018! Yeah!

Catat Ulasan

0 Ulasan