Header Ads Widget

Mark Dacascos Bakal Terlibat Dalam Sekuel Filem '47 Ronin', Jadi Pengganti Keanu Reeves

Filem sekuel kepada 47 Ronin yang diterbitkan pada tahun 2013 kini sudah pun memulakan penggambaran. Filem yang menampilkan Keanu Reeves itu merupakan remake kepada filem jepun yang diterbitkan pada tahun 1941 yang diarahkan oleh Kenji Mizoguchi.

Walaupun filem pertama itu mendapat kritikan negatif daripada penonton dan juga gagal mengutip kutipan yang memberansangkan, pihak Universal Studios mengumumkan akan menerbitkan sekuel filem tersebut pada 2020 yang lalu.

Filem kali ini akan diedarkan sebagai Netflix Original dan akan menampilkan Anna Akana dan Mark Dacascos. Filem ini akan diarahkan oleh Ron Yuan. Menurut Timbalan Presiden Eksekutif Universal, dia berasa teruja untuk menerbitkan filem ini. 


We are excited to continue the story of these ancient Japanese samurai warriors with this next chapter of the47 Ronin film franchise set in modern times. This all-new production features some of today’s most talented international action stars. We think fans worldwide will be thrilled with director Ron Yuan’s vision of diverse and inclusive samurai warriors.

Filem sekuel kali ini tidak akan mengembalikan watak Keanu Reeves. Bagaimana filem ini akan berkesinambungan dengan filem pertama tanpa adanya watak lakonan Keanu Reeves tidak dapat dipastikan. Namun, pastinya sekuel ini akan cuba menebus maruah yang hilang dari kegagalan filem pertama dahulu. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments