Pembikin Filem 'Dawn Raid' Mohon Dana Untuk Bikin Filem


Penerbit filem Dawn Raid yang bakal diarahkan oleh Bront Palarae melancarkan kempen untuk mengutip dana bagi merealisasikan filem berkenaan. Filem yang bakal mengadaptasi kisah bagaimana Tun Mahathir menawan bursa saham British pada tanggal 7 September 1981 yang mengejutkan kuasa besar tersebut.


Filem tersebut bakal dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sofia Jane, Bront Palarae, Shaheizy Sam. Teaser trailer yang dibuat khas untuk mengutip dana untuk filem ini boleh ditonton di bawah:


Bagi korang yang ingin membantu untuk menjayakan filem ini. Korang boleh sahaja pergi ke https://www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen

Sejarah Dawn Raid adalah sesuatu yang sudah dilupakan oleh generasi kini dan wajar untuk dikisahkan semula dalam medium yang segar. Apa yang dilakukan oleh pihak Pixel Play adalah sesuatu yang wajar dipuji. Semoga filem ini berjaya disiapkan dengan sempurna.

Checkout Youtube kitorang dan SUBSCRIBE!

Catat Ulasan

0 Ulasan