'Avatar 4 & 5' Akan Dibikin Jika 'Avatar 2 & 3' Berjaya



James Cameron telah memberitahu bahawa filem Avatar 4 dan Avatar 5 tidak akan berlaku jika filem Avatar 2 dan Avatar 3 gagal menyerlah. Perkara itu didedahkan ketika satu temubual bersama Vanity Fair. Walaupun filem Avatar sememangnya telah menempa nama dan menjadi satu sejarah filemteragung, James Cameron tidak diberi kebebasan berkarya dari penerbitnya, 20th Century Fox. Studio itu berkehendakkan kejayaan Avatar 2 dan 3 dahulu sebelum filem keempat dan kelima dibikin.


Pengarah yang sebelum ini pernah menghasilkan Titanic itu cuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru dalam sekuel Avatar ini. DIa juga pernah mahu merevolusikan gaya penontonan 3D di wayang dan juga mahu memperkenalkan dunia baru Avatar yang berada di dasar laut.
“Let’s face it, if Avatar 2 and 3 don’t make enough money, there’s not going to be a 4 and 5. They’re fully encapsulated stories in and of themselves. It builds across the five films to a greater kind of meta narrative, but they’re fully formed films in their own right, unlike, say, The Lord of the Rings trilogy, where you really just had to sort of go, “Oh, shit, all right, well I guess I better come back next year.” Even though that all worked and everybody did.”
Studio besar itu melaburkan USD1 billion untuk filem tersebut. Permintaan studio berkenaan sesuai dengan perancangan James Cameron sebelum ini yang mahu Avatar 2 dan 3 menjalani penggambaran serentak dan selepas itu barulah Avatar 4 dan 5 (jika filem sebelumnya berjaya). Tetapi, dengan populariti Avatar dan pembaharuan sinema yang dibawa, rasanya Avatar boleh bertahan di wayang dan membawa keuntungan yang besar kepada studio tersebut.  

Catat Ulasan

0 Ulasan