Perancangan 'Gila' James Cameron Untuk Avatar 2 - 5

Pengarah James Cameron telah menerankan jadual produksi yang agak komplikated yang mana membolehkannya membuat pengambaran filem Avatar 2 hingga 5 dalam masa yang singkat. Pengarah yang sebelum ini mengarahkan filem Titanic itu merancang untuk menayangkan filem Avatar 2 pada tahun 2020, manakala sekuel seterusnya akan ditayangkan pada tahun 2021, 2014 dan 2025. Kos keseluruhannya dilaporkan berjumlah USD 1 billion. 


Filem Avatar yang pertama merupakan filem box-office tahun 2009. Filem tersebut ialah antara filem kutipan tertinggi seluruh dunia yang mana berjumlah USD 2.7 billion. James Cameron menggunakan teknologi CGI ke tahap tertinggi untuk menghasilkan satu pengalaman visual yang tidak pernah ditonton selama ini.

Sekarang, dengan adanya empat lagi filem Avatar yang bakal keluar, pengarah ini cuba untuk menampilkan lebih lagi penggunaan inovasi teknologi sepanjang penggambaran. 

Untuk menyiapkan empat sekuel dalam masa yang sekejap memerlukan pengarah tersebut dan kru, termasuklah Weta Digital yang bertindak selaku penyedia kesan khas untuk bekerja dalam jadual yang sangat padat.

Bercakap kepada The Hollywood Reporter, James Cameron menyatakan bahawa filem Avatar 2 dan 3 akan menjalani pengambaran serentak dan kemudiannya akan ke proses post produksi bergilir-gilir. Kemudian, mereka akan kembali menjalani pengambaran untuk filem Avatar 4 dan Avatar 5 selepas Avatar 3 ditayangkan.

Penggambaran filem Avatar 2 sehingga 5 kelihatan tak masuk akal. Namun, dengan kejayaan filem-filemnya termasuklah The Abyss dan Titanic, kepercayaan nampaknya diberikan sepenuhnya kepada pengarah ini untuk berkarya.

Dengan bajet lebih USD 1 bilion, projek filem Avatar ini sebuah projek yang sangat gah dan juga penuh dengan harapan yang tinggi dari peminatnya. Pengarahnya kelihatan yakin yang Avatar 2 sehingga 5 boleh dijual. Namun, buat masa ini, keyakinan itu hanyalah satu pertaruhan yang besar. 

Catat Ulasan

0 Ulasan