Ini Sebab Kenapa Dialog Filem Melayu Zaman 80an Dan 90an Terlalu Skema!

Jika korang pernah menonton filem filem era 80an dan 90an, sudah pasti korang akan perasan perbezaan lontaran suara dan dialog dalam filem filem era tersebut. Kebanyakannya kelihatan agak skema dan kini menjadi bahan jenaka dan meme. 

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa ada sebab kenapa dialog filem-filem era 80an dan 90an terlalu skema.

Sebuah penulisan di laman page Mee Kari Kuah Laksa menerangkan kenapa dialog era tersebut begitu skema. 

Ehehehe Ehehehe 

1. Kenapa filem Melayu 80'an (dan sebahagian 90'an), para pelakonnya berlakon begitu skema dan dialog yang dituturkan juga cakapnya sepatah-sepatah? 

2. Selain pengaruh pentas bangsawan yang memang kena lontar suara satu persatu, kebanyakan pelakon mengambil jalan selamat untuk bercakap sepatah-sepatah kerana masalah dubbing. 

3. Apa itu dubbing? Dubbing ialah proses memasukkan suara ke dalam filem/drama. 

4. Di tahun-tahun 80'an dan 90'an, ketika proses penggambaran filem, kamera hanya merakamkan filem sahaja, tanpa melibatkan suara. Suara dimasukkan kemudian, beberapa minggu atau beberapa bulan selepas proses penggambaran selesai. Ini bermakna, pelakon terpaksa melakukan kerja dua kali, pertama berlakon, dan 2, 3 bulan kemudian barulah masukkan suara. 

5. Memasukkan suara ini yang rumit kerana pelakon sudah tidak ingat lagi dialog, terutama sekali jika filem itu tiada skrip rasmi. Bagi yang ada skrip, pelakon yang mahir akan mengambil jalan selamat dengan bercakap sepatah-sepatah dan mengambil masa dari satu tempat ke satu tempat hanya untuk melontarkan dialog dua, tiga baris. Misalnya dari sofa ruang tamu dia boleh berjalan ke arah TV pula untuk 3, 4 saat kemudian menyambung dialognya, walhal tak perlu pun nak berjalan tu. Ini sebenarnya akan memudahkan kerja pelakon itu nanti apabila dia ingin melakukan dubbing kelak, supaya dia boleh ikut gerak bibirnya untuk mengingati atau mengikuti dialog yang telah dilontarkan. 

6. Sebab itulah gelak ehehehe ehehehe Hail Amir pun begitu skema dan mengambil masa beberapa saat kerana Hail Amir nanti perlu dubbing semula gelak ehehehe ehehehe beliau. Sedangkan realitinya mana ada orang kat luar ni yang gelak ehehehe ehehehe macam tu. 

7. Di tahun-tahun kemudiannya ada produksi yang lebih cekap seperti Skop Productions yang akan merakamkan adegan filem itu melalui tape recorder. Penyelaras dubbing kemudiannya akan memasang semula tape recorder sewaktu proses dubbing supaya pelakon boleh mengingati semula dialog yang telah dilontarkan. Kalau nak rujuk skrip asal pun kadang-kadang tak tepat juga kerana sewaktu shooting, dialog sudah jadi lain. 

8. Sangat jarang filem Melayu menjalani penggambaran terus tanpa dubbing. Segelintir filem Melayu yang menjalani penggambaran terus tanpa dubbing ialah Abang (1981) dan Puteri Gunung Ledang (2004). Sebab tu filem Abang tu bunyi cengkerik waktu malam cukup kuat kat rumah Dato' HM Din. 

9. Selain dari tu, hampir kesemua filem Melayu memerlukan pelakon dubbing suara. Sebab itulah filem-filem Melayu cukup banyak yang muka orang lain tapi pakai suara orang lain. Contohnya, filem XX Ray II (1995) suara Aleeza Kassim digantikan sepenuhnya dengan suara Ramona Rahman kerana suara asal Aleeza terlalu 'jantan'. Di tahun 60'an lagi filem-filem Jefri Zain dialihsuarakan ke bahasa Melayu dengan menggunakan suara Normadiah dan sebagainya. Filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) pun dubbing banyak kali juga kerana dialek Arab yang keterlaluan. 

10. Kini teknologi sudah advance malah film roll sendiri sudah tidak wujud lagi. Negatif filem pun sudah tiada. Berbanding dengan orang dulu², teknikal cukup power, cukup sabar. Sekarang ni nak shooting pakai handphone pun dah boleh. Nak edit sendiri pun boleh. Shot pakai drone je senang.

 Ehehehe, ehehehe...

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan