Tracie Sinidol Gambarkan Ratna, Gadis Yang Membesar Dengan Tragedi Dalam 'Malaikat Malam'

Pelakon Tracie Sinidol sempat berkongsi tentang watak yang dibawakan olehnya dalam filem Malaikat Malam. Filem Malaikat Malam merupakan sebuah filem arahan Nazifdin Nasruddin yang mana pertamakali mengarahkan filem. Sebelum ini, beliau hanya bertindak sekalu penulis skrip untuk filem Skop Production seperti Sheriff.

Dalam filem Malaikat Malam, Tracie Sinidol memegang watak Ratna, seorang gadis buta yang mana mempunyai bakat melukis. Ratna ialah watak yang membesar dengan tragedi tetapi mempunyai kekuatan untuk mengharungi kehidupannya.

Menurut Tracie lagi, dia berharap wataknya dapat ditonton dan dinikmati penonton kerana wataknya yang berbeza.

Malaikat Malam di pawagam mulai 26 Mac 2026.

Catat Ulasan

0 Ulasan