Sempena siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37), teaser pertama filem Duyung Legenda Aurora berjaya menarik perhatian ramai penonton. Lebih menarik lagi, kehadiran dua generasi duyung, iaitu Anna Jobling dan Maya Karin, di atas satu pentas turut mencuri tumpuan.
Aurora kemudian menyelam ke laut dengan sirip megahnya, menonjolkan visual duyung itu dengan lebih jelas sebelum dia memperkenalkan diri dengan tegas, “Saya Aurora.” Adegan ini membangkitkan keterujaan penonton terhadap pengembaraan duyung yang menanti mereka.
Malam kemuncak ABPBH37 ini turut menyaksikan Anna Jobling dan Maya Karin sebagai penyampai anugerah. Selain memeriahkan majlis, mereka juga memperkenalkan filem terbaharu Duyung Legenda Aurora, yang dijadualkan tayangannya di pawagam pada 25 Disember tahun ini.
Dihasilkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, Filem Duyung Legenda Aurora menampilkan elemen nostalgia serta pengenalan watak baharu yang mengagumkan, termasuk keluarga duyung yang kini muncul bersama anak dan menyajikan pengembaraan laut yang lebih menarik.
Selain Anna Jobling dan Maya Karin, barisan pelakon turut disempurnakan oleh Saiful Apek, Yasmin Hani, Ayie Floor 88 dan Datuk Yusry Abdul Halim, menjadikan filem ini sebuah pengalaman menonton yang ringan, menghiburkan dan penuh warna.
Nantikan tayangan Duyung Legenda Aurora di pawagam tidak lama lagi, dan jangan lupa gunakan #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial!





0 Ulasan