Irfan Zaini Akui Sukar Keluar Dari Watak Jack Dalam 'Macai'

Selepas namanya meningkat naik selepas filem Blood Brothers, pelakon Irfan Zaini akan kembali dalam filem Macai yang merupakan sekuel kepada filem Jagat yang pernah meraih anugerah filem terbaik di FFM28. 

Di dalam filem ini, Irfan Zaini membawa watak Jack, satu watak yang disifatkan sangat mencabar bagi pelakon itu. Menurutnya, watak Jack itu bukan seperti dirinya sendiri. Ianya mengambil masa untuk masuk ke dalam karakter tersebut dan keluar dari karakter tersebut seusai lakonan.

Macai merupakan filem arahan San-J Perumal yang mana merupakan filem bercorak drama jenayah berbahasa Tamil, dipilih sebagai satu-satunya filem Malaysia dalam kategori Big Screen Competition di International Film Festival Rotterdam 2025. Filem ini dibintangi Karnan Kanapathy dan Kuben Mahadevan serta merupakan penghasilan daripada Skyzen Studios. 

Macai akan ditayangkan di pawagam mulai 13 November 2025.

Catat Ulasan

0 Ulasan