Buat Buat Tak Tahu Kalau Nampak, Dee Dee Aine Peter Kongsi Pengalaman Seram Di Set 'Azimat'

Pelakon utama filem Azimat, Dee Dee Aine Peter berkongsi bahawa pengalaman berlakon dalam filem Azimat bukan senang. Berlakon di tempat yang agak 'keras' menguji kekuatan emosi pada pelakon dan juga kru yang terlibat.


Dalam sesi wawancara media di tayangan perdana filem Azimat, Dee Dee Aine Peter sempat perkongsi nasihat yang diterima sebelum dia ke sebuah lokasi penggambaran. Menurutnya, jika ada apa apa pengalaman mistik atau terdengar benda pelik pelik, mereka diminta untuk mengabaikan dan tidak bercakap besar. 


Azimat merupakan sebuah filem seram dari Sarawak yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Diarahkan oleh Kay Rezza Karim, filem ini menampilkan bakat Sarawak seperti Dee Dee Aine Peter, Heidi Abbyana, Fadzril Afandy, Rushdi Mornie Daud dan ramai lagi.



Catat Ulasan

0 Ulasan