Pengarah filem Macai, San J Perumal berkongsi kepada team Suka Filem menyatakan bahawa filem Blues lebih mencabar untuk dihasilkan berbanding filem Macai. Macai masih mudah untuk dihasilkan kerana ianya menggunakan format filem biasa. Namun, untuk Blues, ianya agak kompleks sehinggakan 14 draf diperlukan untuk mencapai kesempurnaan.
Selain itu, penyampaian emosi dalam filem Blues lebih banyak sekaligus mencabar pengarahan untuk filem ini. Malah, penyampaian emosi dalam filem Blues lebih abstrak dan tidak direct dipaparkan kepada penonton.
Macai dan Blues merupakan kesinambungan dari filem Jagat, filem yang pernah memenangi FFM ke 28 yang diterbitkan pada 2015.
Macai di pawagam mulai 13 November 2025 manakala Blues akan ditayangkan di pawagam mulai 4 Disember 2025.






0 Ulasan