Pengarah filem Jagat, Sanjay Perumal berkongsi kepada team Suka Filem menyatakan bahawa skrip filem Blues telah siap dibikin sebelum penggambaran filem Jagat bermula. Namun, selepas kejayaan Jagat, barulah skrip filem tersebut dilihat semula dan penerbit menyatakan minat untuk mengadaptasi skrip tersebut kepada filem.
Malah, pengarah yang hadir dengan filem Macai itu juga mendedahkan bahawa skrip asal filem Blues ditulis untuk TV sebelum disimpan. Namun, perubahan demi perubahan berlaku sepanjang proses kematangan mengarah dan lahirlah Blues seperti apa yang sudah disiapkan.
Selain itu, filem Macai juga ditulis bermula dengan konsep dan tema berkaitan anxiety. Keinginan untuk membina sebuah filem thriller yang lain dari yang lain mencetuskan Macai yang berada dalam subgenrenya yang tersendiri.
Blues merupakan filem ketiga dalam universe filem Jagat dan akan ditayangkan di pawagam mulai 4 Disember 2025.






0 Ulasan