Terkenal dengan karakter Abang Syam dalam Blood Brothers, pelakon yang terkenal dengan bidang stuntman, Razib Salimin akan hadir dengan filem Penghukum: Nusantara Assassin yang menyaksikannya memegang peranan sebagai watak utama.
Menurut pengarah filem ini, Azlan Norani, filem Penghukum: Nusantara Assassin ini bermula dengan keinginan untuk merakam content Youtube. Namun, pelakon Razib Salimin datang nak sertai projek ni dan ketika itu, dia tidak mengetahui siapa sebenarnya Razib Salimin. Selepas mengetahui siapa pelakon tersebut, maka bermulalah pembikinan filem ini.
Penghukum: Nusantara Assassin disifatkan sebagai tribute kepada pelakon lagenda tersebut yang pernah terlibat dengan pelbagai filem aksi.
Penghukum: Nusantara Assassin di pawagam 20 November 2025.





0 Ulasan