Pelakon filem Menjelang Maghrib 2 mendedahkan bahawa dirinya diekori makhluk halus selepas selesai penggambaran filem ini. Perkara ini didedahkan ketika sidang media filem Menjelang Maghrib 2. Menurutnya, pengalaman itu ialah satu pengalaman yang agak mengerikan.
Aditya Zoni mendedahkan bahawa perkara ini tidak pernah diceritakan ketika penggambaran berlangsung.
Berlatar belakangkan era 1920an ketika penjajahan Belanda, filem ini mengungkap tentang misteri seorang wanita yang dipasung. Menjelang Maghrib 2 kini berada di pawagam seluruh Malaysia. Filem ini menampilkan lakonan Aditya Zoni, Aurelia Lourdes, Ajeng Fauziah, Mutia Datau dan Ageng Kiwi.






0 Ulasan