Luna Maya yang dikenali sebagai ratu filem seram menyatakan bahawa Sukma merupakan filem terakhir dalam dunia lakonannya yang bergenre seram. Dalam sidang media sempena tayangan Sukma, Luna Maya mendedahkan bahawa penonton mungkin akan menonton satu lagi filem seram lakonannya yang sudah pun siap penggambaran. Namun, dia tidak lagi terlibat dalam sebarang produksi filem seram.
Luna Maya memang dikenali dengan lakonan dalam filem filem seram pelbagai subgenre namun lebih prominent dalam filem bertema gore.
Sukma menampilkan lakonan Luna Maya, Christine Hakim, Fedi Nuril, Oka Antara dan juga Anna Jobling. Filem arahan Baim Wong ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 30 Oktober 2025.






0 Ulasan