Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui 'Malam Terlarang'

Pelakon jelita Sofea Jane kembali ke filem horror selepas sekian lama tidak melibatkan diri dalam filem filem bergenre sebegini. Kali terakhir, Sofea Jane terlibat dalam bergenre seram ialah melalui filem Susuk yang diterbitkan pada 2008. 

Menurut pelakon yang turut berlakon dalam filem Mencari Ramlee itu, dia menerima tawaran untuk membintangi filem Malam Terlarang kerana dia gemarkan genre sebegitu. Wataknya, Sarimah ialah watak yang tidak mempunyai banyak dialog sekaligus menjadikan wataknya unik. 

Sofea Jane juga menegaskan bahawa setelah dia membaca naskah filem ini, dia dan Hazo Mahiyudin berbincang tentang watak Sarimah dan bagaimana untuk menghidupkannya.

 

Malam Terlarang membariskan pelakon seperti Shasha Abedul, Zul Ariffin, Sofia Jane, Aila Azizul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan Amir Nafis.

Malam Terlarang di pawagam 30 Oktober 2025!

Catat Ulasan

0 Ulasan