Sabri Yunus, seorang pelakon yang turut terlibat dalam filem Malam Terlarang menyatakan bahawa dia berselera untuk makan muntah dalam satu babak filem tersebut. Katanya, muntah tu memang sedap. Perkongsian yang melucukan ini dikongsi ketika sidang media Malam Terlarang yang berlangsung di GSC Mid Valley.
Menurut pengarah filem Malam Terlarang, Norhanisham Mohamad, dia menyatakan bahawa dia hanya minta bahawa muntah tersebut dibuat supaya boleh dimakan. Hazo Mahayudin lalu menjelaskan bahawa antara bahan yang digunakan dalam muntah itu ialah coklat, sirap, nestum dan sirap.
Malam Terlarang merupakan sebuah filem seram thriller terbaru yang diterbitkan oleh Astroshaw dengan kerjasama Infinitus Film MY.
Malam Terlarang membariskan pelakon seperti Shasha Abedul, Zul Ariffin, Sofia Jane, Aila Azizul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan Amir Nafis.
Malam Terlarang di pawagam 30 Oktober 2025!






0 Ulasan