KRU Studios setelah sekian lama tidak muncul dengan filem baru kini hadir dengan filem 3 Hajat. Filem ini merupakan naskah yang berbeza dari filem filem KRU Studios yang lain yang mementingkan elemen CGI dan kisah yang luar biasa. 3 Hajat meletakkan kisah mudah dan dekat dengan penonton dan memilih untuk menceritakan tentang perasaan seorang ayah.
Menurut Norman Abdul Halim yang merupakan penerbit filem 3 Hajat, 3 Hajat dekat dengan hatinya kerana apa yang dikisahkan dalam filem tersebut merupakan kisah yang dia sendiri pernah lalui. Walaupun tidak sepenuhnya diambil dari kisah hidupnya, filem ini rasa sedikit peribadi bagi dirinya.
Ada beberapa babak di dalam filem ini pernah dirasai sendiri dan itulah yang menyebabkan idea asal ini diangkat ke layar dengan kerjasama Astro Shaw.
Filem 3 Hajat ditulis skripnya oleh Muzammer Rahman, pengarah Prebet Sapu dan diarahkan oleh Zulhuzaimy. Filem ini menampilkan Eman Manan sebagai teraju utama dan turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Amerul Affendi dan Zulhuzaimy sendiri.
3 Hajat di pawagam mulai 2 Oktober 2025.






0 Ulasan