Kru Studios dengan kerjasama Astro Shaw hadir dengan filem terbaru, 3 Hajat yang diarahkan oleh Zulhuzaimy. Filem ini menampilkan lakonan berkesan Eman Manan sebagai teraju utama selain lakonan mantap pelakon pelakon lain seperti Amerul Afendi, Zulhuzaimy dan juga Iman Aneesa. Berlatarkan Terengganu, filem ni mengangkat tema lelaki dan jiwa mereka.
Menurut penulis skrip, Muzammer Rahman, antara cabaran yang dirasai semasa menulis skrip filem ini ialah bagaimana untuk menulis sebuah kisah tentang lelaki dengan lelaki lain. Kebiasaannya, lelaki jarang berkongsi masalah dengan lelaki lain sekaligus memberikan cabaran untuk menceritakan kisah jantina ini di layar perak.
Namun, dengan pengarahan Zulhuzaimy yang menterjemahkan skripnya ke layar, 3 Hajat berjaya memberikan rasa. Zulhuzaimy selaku pengarah faham tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan babak babak dari skrip lebih menyentuh di dalam visual.
3 Hajat di pawagam mulai 2 Oktober 2025.






0 Ulasan