Selepas kemunculannya dalam filem Sheriff, Aaron Aziz kini siap sedia untuk kembali sebagai teraju utama.
Memeranankan watak Dali dalam filem Banduan, Aaron Aziz bakal menyajikan aksi pertarungan yang mendebarkan yang mungkin akan mengembalikan aura Malek dari filem terkenalnya, KL Gangster!
Banduan merupakan filem terbaru arahan Kroll Azry yang mana sebelum ini mengarahkan filem War On Terror: KL Anarki. Filem ini merupakan adaptasi rasmi filem Kaithi yang mana turut diterbitkan oleh produksi yang sama menerbitkan Kaithi.
Banduan di pawagam mulai 6 November 2025.





0 Ulasan