Baim Wong Tak Cari Lain, Anna Jobling Kembali Dalam 'Sukma'

Baim Wong mendedahkan bahawa Anna Jobling pada mulanya menggantikan seorang pelakon lain pada proses penggambaran filem Lembayung. Dalam sidang media filem Sukma yang berlangsung di GSC Mid Valley, Baim Wong mendedahkan bahawa Anna Jobling menjadi pilihannya kerana senyumannya yang sesuai dengan karakter yang diimaginasikan.

Ketika proses pemilihan pelakon untuk filem Lembayung, Baim Wong turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Anna Jobling dan kemudian memilihnya untuk terlibat dalam filem Lembayung. Selepas itu, Anna Jobling sekali lagi diberikan peranan dalam filem Sukma.

Walaupun babak Anna Jobling tidaklah banyak, ianya sekaligus menunjukkan bahawa pelakon Malaysia turut menjadi perhatian industri pembikinan filem Indonesia. 

Sukma menampilkan lakonan Luna Maya, Christine Hakim, Fedi Nuril, Oka Antara dan juga Anna Jobling. Filem arahan Baim Wong ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 30 Oktober 2025.

Catat Ulasan

0 Ulasan