Pelakon Malaysia yang turut membintangi filem terbaru arahan Baim Wong mendedahkan bahawa dia melakukan stuntnya sendiri termasuklah adegan seret dalam filem ini. Anna Jobling berkongsi pengalaman melakukan adegan dia diseret itu di sidang media filem Sukma yang berlangsung di GSC Mid Valley.
Menurut pengarah filem Sukma, Baim Wong, babak tersebut dilakukan sebanyak tiga kali untuk memastikan semuanya perfect. Anna Jobling pula menyatakan bahawa babak tersebut dilakukan dengan prosedur keselamatan yang baik untuk memastikan dirinya selamat dari sebarang kecederaan.
Sukma menampilkan lakonan Luna Maya, Christine Hakim, Fedi Nuril, Oka Antara dan juga Anna Jobling. Filem arahan Baim Wong ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 30 Oktober 2025.





0 Ulasan